Friday 6 February 2009

Reformasi Kedua di Kuala Kangsar

Setelah lebih sepuluh tahun reformasi berkaitan pemecatan Anwar Ibrahim, kali ini berlaku peristiwa seumpamanya berkaitan pemecatan tidak sah Nizar Jamaluddin. Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Dr Mahathir, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan UMNO. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.

Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia. Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh. Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda. Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.

Baginda Raja Muda Nazrin yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran pastinya terkejut keretanya telah dibaling batu oleh para penunjuk perasaan. Baginda yang sejak sehari dua ini bertitah dengan tulus dan mulus menyatakan peranan Raja yang mesti mendukung keadilan, dapat melihat sendiri apabila rakyat memberontak setelah dirasakan Raja tidak adil dan berpihak. Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda. Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina.

Demikianlah juga ayahanda Baginda Sultan Azlan, baginda juga pasti terkejut apabila rakyat sudah berani mempertikaikan kewibawaan baginda. Dalam laman-laman web kutukan demi kutukan telah dilempar kepada Sultan Azlan. Malah lebih mengejutkan lagi dalam web rasmi Sultan Perak, rakyat telah mencaci nista baginda di dalam buku pelawat web tersebut. Perkataan-perkataan yang dilempar kepada Dr Mahathir, kini dilemparkan pula kepada Sultan Azlan. Sambutan 25 tahun baginda di atas takhta telah dicemari dengan kemarahan rakyat. Sepanjang 25 tahun baginda dihormati, kali ini rakyat tidak lagi menghormati baginda malah dicaci nista oleh mereka.

Dalam artikel kami yang lalu, kami telah menyatakan kalau Sultan Perak memilih untuk untuk menerima pandangan BN, maka sejarah hitam akan terpalit dalam 25 tahun pemerintahan baginda. Rakyat sekarang bukan lagi rakyat yang tidak bijak. Mereka telah mendapat ilmu setaraf dengan baginda, malah mungkin lebih. Rakyat hari ini telah menolak propaganda media sebagaimana yang dilakukan dalam PRU dan dua pilihanraya kecil yang lalu. Mereka telah mendapat berita dari pelbagai sumber. Minda politik mereka telah beranjak kepada minda politik kelas pertama seperti di negara maju. Golongan yang sebaya dengan Baginda Sultan Perak ramai yang telah kembali menemui Allah, justeru rakyat baginda sekarang benar-benar telah berubah.

Peringatan yang diberikan oleh Murshidul Am Pas, supaya Sultan Perak meneliti keputusan baginda supaya selaras dengan kehendak rakyat seharusnya diberi perhatian. Sekiranya tidak peristiwa yang berlaku hari ini adalah natijahnya. Lebih daripada itu, sebagaimana yang disebutkan oleh Murshidul Am Pas, kemungkinan sistem beraja di negara ini akan turut menjadi sejarah sebagaimana yang telah berlaku di negara-negara lain. Tindakan baginda dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk di kalangan vateran UMNO sendiri seperti Dr Mahathir, Tengku Razaliegh dan Rais Yatim. Demikian juga dengan SUHAKAM, turut mempertikaikan pembentukan kerajaan BN yang tidak sah ini.

Reformasi kali kedua ini mewarisi semangat reformasi kali pertama. Rakyat bangun menyatakan bantahan atas ketidakadilan. Kali ini mereka tidak mempedulikan siapa, kerana jelas kemarahan mereka ditujukan kepada Sultan Perak selain daripada pimpinan UMNO. Biarpun media massa memainkan peranan untuk mengelirukan rakyat bahawa Nizar dan penentang keputusan Sultan ini sebagai derhaka, hari ini telah diterima umum derhaka kepada kezaliman itu sesuatu yang mulia. Zaman feudalisme dunia dan negara ini telah lama berlalu. Sekiranya Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi calon Menteri Besar Perak sekarang, rakyat hari ini akan memilih Hang Jebat.

Sebagaimana propaganda media memburuk Anwar dan mewajarkan tindakan Dr Mahathir semasa reformasi 1998 tidak ditelan oleh rakyat, maka dipercayai propaganda media pada kali ini juga tidak akan berkesan. Betapa lagi kalau PR bertindak bijak sepertimana tindakan mereka tahun 1998 yang lalu. Kalaupun kerajaan haram BN tidak tumbang, nama pemimpin mereka termasuklah nama Istana Perak akan terus buruk di mata rakyat. Hari ini bukan sekadar zaman feudal telah berlalu, tetapi zaman politik perkauman juga hampir tamat. Faktor ini akan menjadikan reformasi kali kedua ini mungkin lebih berjaya. Cuma mungkin bahangnya hanya dirasai di Perak tidak di negeri yang lain.

28 comments:

Sedang Mencari said...

Tak tau nak kata apa dah...

yu said...

Assalamualaikum,

Kita semua org melayu.Orang islam.Walaupun semasa dr.nizar menjadi MB, tapi nampak sangat DAP yang memainkan peranan. Tanah 999 tahun nak diberikan kepada orang Cina. Banyak peluang business diberikan kepada orang Cina. Bile sultan nampak, pasti Sultan marah.

Korang fikirkan la sejenak.Jangan ikut perasaan. Dalam hal ini, lebih baik Umno amik alih, jadi hal2 yg merugikan orang melayu dapat diselamatkan.

Kalu semasa nizar jadi MB, tapi hal2 yg merugikan orang melayu tidak berlaku,maka tidak jadi masalah. Tengok pada Kedah, PAS memerintah,tetapi UMNO tak kacau pun,sebab UMNO tahu Kedah under orang melayu.

Saya bukan penyokong UMNO atau PAS atau PKR. Saya orang melayu Islam dan dalam hal-hal tertentu , kita kena bijak memilih. Jangan gadaikan hak-hak orang melayu.

Sebagai contoh,masa hari raya, semua harga barang naik,tetapi masa raya cina, kenapa harga barang tak naik ?

Genta said...

eloklah sistem feudal di Malaysia disimpan dalam museum.
politik perkauman pun dah tak relevan, sebagaiman kata penulis mereka-mereka yang sebaya dengan umur sultan (azlan) ramai dikalangan mereka dah tiada, malah generasi baru kini mungkin lebih bijak dari baginda.hidup manusia sentiasa melalui kitaran.mana-mana kerajaan kuat didunia tetap runtuh bilamana keadilan tidak lagi dirasai rakyat.maka tunggulah waktu itu tiba.rakyat akan bangun menentang.

penunggu gua said...

Kepada yu

"Saya bukan penyokong UMNO atau PAS atau PKR. Saya orang melayu Islam dan dalam hal-hal tertentu , kita kena bijak memilih. Jangan gadaikan hak-hak orang melayu."

Petikan komen anda. Biarpun nak membantu Melayu, jagan gunekan cara yang salah. Gunakan DUN untuk memecat Nizar.

Tengok aje semalam kat TV, belambak org melayu yang bedemonstrasi. Jelas bahawa pasal tanah ke, pasal segala macam gadaian hak melayu kpd org cina hanya sekadar cerita yg dikhabarkan oleh UMNO sahaja kpd rakyat Malaysia. Rakyat Perk yang dapat manfaat kerajaan PR akan sokong PR..

IZZ said...

Salam..sy cuma nak berkongsi pndpt ttg apa yg terjd di perak.Bg sy Sultan perak adalah sultan yg disayangi dan di senangi rakyat jelata hal ini bertambah apa bila kehadiran Raja Nazrin dan diatas sifat beliau yg suka bersederhana.Sy yakin keputusan yg sultan lakukan adalah yg bijaksana yg mungkin agak terlalu ikutkan perasaan baginda. Apa yg kita tahu keadaan perak ttg MB Nizar terlalu byk diperkatakan pihak pembangkang dan jg membuatkan rakyat jelata yg hanya bergantung kepada media masa yg dipelopori BN agak keliru dan terrpengaruh oleh mainan media masa ini. Maka keputusan Sultan perlulah dihormati kerana bila dilihat dr sudut pandangan yg jauh ia dpt membetulkan keadaan semula utk pakatan bagun kembali ke atas fitnah yg berlaku kepada MB Nizar. Seperti sy kata kan kepada blog yg lain. MB Nizar umpama "Hang Tuah" yg dihukum sultan atas pengaruh pembesar istana dan Najib umpama "Jebat" yg mahukan kuasa setelah dia dimalukan dan mahu menjadi PM setelah lama dia menunggu giliran tp masih tak dpt. Maka ingatlah terlalu byk Hikmah atas apa yg berlaku. Sudah pasti pihak pemimpin Pakatan akan berterima kasih pd ketentuan ALLAH ini pd suatu hari nanti apa bila kita semua nampak apa hikmah disebalik apa yg terjd ini.

Unknown said...

semasa refomasi di perak...mana kaum cina dan india....semua org melayu yg buat...kalau betul satu hati melayu ,cina india turut disertai dln refomasi...tapi sebaliknya org melayu yg terlibat..cuba saudara2 renungkan...apa yg terfikir oleh kaum2 cina dan india...tentu dia org gelak besar kerana bangsa melayu bergaduh bersama sendiri sampai sultan terlibat sekali..bangsa melayu kena jaga.........jgn sekali lagi dijajah bangsa lain..yg di perguna kan..

Unknown said...

Salam..
Kecelaruan yang berlaku di Perak menyebabkan rakyat di kambing hitamkan..Tindakan sultan yang begitu mengikut perasaan membuatkan keseluruhan rakyat perak kecewa kerana mempunyai seorang sultan yang membelakangi rakyat dlm membuat keputusan.
Dan sebagai seorang rakyat Perak,saya melihat ini adalah satu yang tidak adil kepada rakyat perak kerana rakyat telah pun menyatakan pendirian mereka sewaktu PR12..saya bukanlah menyokong mana-mana parti politik..cuma sebagai rakyat di Perak,saya memang amat terkesan skali melihat sikap tidak adil sultan Perak..

Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Di Sanggah..

Fikir-fikirkan.

yu said...

dalam team nizar,ada 3 melayu(termasuk nizar) dan lain semua DAP.

kalu team zambry,majoriti melayu.walaupun umno nie penuh dgn rasuah,tetapi sekurang-kurangnya mereka melayu.

adakah anda tdk terfikir yg DAP semua itu bebas dari rasuah?

lanterajiwa said...

Tempahan T-Shirt KERANDA 152

Informasi t-shirt :

* Saiz XS, S, M, L dan XL.
* Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
* T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.


T-shirt warna putih

* Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
* Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


T-shirt warna hitam

* Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
* Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


Kos biaya hantar

* RM 5.00 (semenanjung Malaysia)


Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)

Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)...

http://lantera-jiwa.blogspot.com

lanterajiwa said...

Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak

Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Markaz PAS Chenderong Balai, Perak.

Yang memberi ucapan :
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludin

Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.

Semua harus hadir...

Unknown said...

assalam.
kebanyakan komen2 kt cni hnya menyatakan hak-hak org melayu, tnah org melayu dpt kpd org cina la, melayu x da dpt apa2 la..

klau kita kta kn UMNO kifrat tu mempertahan hak org melayu, kenapa biasiswa JPA di buka kpd org bkn melayu sebnyak 50%? kenapa org2 cina leh ada tanah sniri?? spa yg mememrintah negara & negeri2 sblum ni? UMNO!!! jgn kerana provokasi media, kita semua dh x nmpak pa yg UMNO dh wat.. Hak2 org melayu dh lama UMNO nk kakis sebenarnya, tgk la pd Bahasa Melayu, kenapa Kerajaan UMNO x pertahan kan?? klau ikutkan penggunaan english di dunia hanya sedikit shaja di dunia, terutama dlm bidang sains..
MACAM NI KA YANG DIKATAKAN UMNO MEMPERTAHANKAN HAK-HAK ORANG MELAYU? fikir la..

kalau nk tau, kotor atau x UMNO, vist blog ini, bca artikel bertajuk orochimaru nk serang Kedah pulak!!!

www.islamicwizard.com

Anonymous said...

Kita tak payah salahkan atau andaikan MB Nizar ini dibelakangi oleh org Cina atau tidak. Sebenarnya, dengan kekalutan politik Perak ini lebih 2 minggu lalu, jalan terbaik adalah untuk membubarkan DUN. Sekiranya dibubarkan, kita perlulah berusaha menambahkan jumlah kerusi Melayu yg dipegang PR melalui PKR dan PAS iaitu dengan mengurangkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO. Di dalam PRU12, kesilapan besar rakyat Perak ialah orang Melayu amat berbelah bagi memberi kemenangan kepada calon Melayu di dalam PR. Sebab itulah, UMNO masih mendapat kerusi2 berkenaan. Oleh itu, jika pilihanraya DUN diadakan sekali lagi, DAP tak perlu gusar kerana kerusi mereka sebanyak 18 itu akan kekal dan PAS dan PKR perlu menambahkan kerusi Melayu mereka sekurang-kurangnya 10 lagi kerusi. Dengan itu, komposisi DUN oleh kerajaan memerintah iaitu PR akan lebih adil dengan jumlah ADUN melayu yg lebih ramai. Itulah yang hairan, sewajarnya selepas PRU12 diumumkan keputusannya, pernah terdengar dikatakan bahawa ada diadakan pilihanraya semula tetapi PR membantah. Apapun terjadi sekarang, rakyat luar Perak kena mula berhati-hati dengan sultan, raja dan Yang DiPertuan Besar mereka kerana dengan apa yg berlaku, nampaknya mereka ini perlu diketahui bahawa mereka bukannya TUhan dan mampu membuat keputusan yang akhirnya akan membawa kepada penurunan mereka dari takhta. Setelah apa yg berlaku skrg, cerita2 ttg Raja Nazrin yg melangkau tangga untuk menjadi Raja Muda telah timbul semula. Sebenarnya, rakyat mmg tahu Sultan Azlan telah melakukan kesilapan ini tetapi dimaafkan rakyat. Namun begitu, dengan kejadian terbaru ini, rakyat mula mengungkit balik dan sebenarnya baru nampak 'kejahatan' Azlan Shah yang dulu itu mencerminkan sikap dan kelakuan yg mungkin di ambil di masa hadapan yakni dengan berpihak tidak kepada kehendak rakyat di dalam isu ini. Cuba fikirkan bersama...

Creedence Clearwater Revival said...

assalamualaikum saudara yu,

tentang pemberian tanah kpd penduduk cina yg tempohnya sehingga 999 tahun amat menarik perhatian saya.

betul ke 999 tahun?

mb perak ds nizar sendiri telah menjawab tuduhan2 n fitnah media & pemimpin BN bhw pemberian tanah hanya selama 99 tahun shj.

di harap lain kali saudara mencari sumber maklumat alternatif lah... jgn hanya bergantung kpd media pro BN.

Creedence Clearwater Revival said...

jgn lupa pemberian tanah untuk mendirikan universiti tg abg rahman di kampar, perak telah diberikan oleh tajol rosli kpd bangsa asing. ia melibatkan keluasan tanah yg besar.

knp x bising?

ahim said...

Ada apa dengan Melayu?

ahim said...

Apa Fungsi Sultan/Raja Dalam negeri2 di Malaysia? Banyak kah mereka membantu dalam masalah sosio-ekonomi....bagi saya mereka hanya menghabiskan Boras aje...cuba tengok sikit kelakuan anak2 muda mereka...macam anakku sazali...yang dikehendaki semua dapat...kerja MALAS....

s_hezrin said...

salam.

saya tidak bewarna. Hijau tidak, biru pun tidak.

Saya ada beberapa soalan. Kalaulah ada yg membaca pergi ke mana2 ceramah, tlg tanyakan pada pemimpin masing2.

1) Kenapa org Melayu sekarang lebih percayakan makhluk dari Allah? Nak masuk neraka jahannam selama-lamanya ke? Dah terang2, Allah larang, kita menyerah kepada makhluk. Ini, sikit2 bagi alasan mcm org bodoh. dah la yang mendengar pun bodoh sebab takde usaha utk buat kajian dan penyelidikan terhadap apa yang dia dgr. Terus percaya bulat2. Kalau statement tu menyebelahi kita, kita sokong. dan sebaliknya. Allah dah bagi akal fikiran utk berfikir, so fikir lah. Cuba belajar utk guna skit otak tu.

Semalam kat Ipoh, hujan lebat. Bagi, orang Hijau itu hujan bala. tapi kalau hujan itu turun pada masa ceramah, hujan itu rahmat. Apa ni?

Pagi tadi, masa sarapan, terdengar suara sumbing mentelak Sultan Azlan. Sehari sebelum, semuanya sokong, terserah pada apa jua keputusan, akur kepada kehendak sultan. Tapi bila statement Sultan dah keluar, mohon derhaka??

Apa ni???

Zaman Rasulullah dulu, berlaku juga bertikaman lidah. Tapi takla sampai mencaci, menghina, mengutuk, menfitnah? korang yakin masuk syurga ke?

Dah terang2 dalam Al-Quran, kita kena amik agama sepenuhnya. So, buat je la. Aku pun bukannya sokong biru. dierang pun ada gak buat salah.

Tapi, dalam kes ini cuba korang tanya ulama' korang, dalam buat pilihan, kalau ada 2 keputusan yang kedua2 ada mudharat, korang pilihla mudharat paling kecil. Skarang ni yg mana mudharat paling kecil???


Sampai mufti perak dah keluar statement pasal derhaka pada sultan. memangla, apa yang dicakapkan tu tak menyelebelahi hijau, so apa lagi, semua orang marah. tapi selama ni, mufti tu la kita sanjung.

Apa ni???

Mufti bukannya orang baru abes tadika. Dia bukanla keluarkan statement berdasarkan kepentingan peribadi. Apa yang dia kata, akan disoal di padang Mahsyar. So, yang korang nak melawan Mufti ni plak pasal apa??

Dah la Allah pun korang tak yakin (sebab lebih yakin dengan makhluk, contohnya pengundi hantu.) Skarang, korang dah tak setuju ngan sultan, lps ni korang tak setuju ngan Mufti. so, korang nak percaya pada siapa? pemimpin korang je ke yang masuk syurga??

masuk syurga urusan Allah. Rasulullah dah cakap. Di akhir zaman, ada byk puak dan golongan, hanya satu je yg betul. Yang ikut Quran dan Sunnah.

Cuba korang tgk setiap ayat dalam Al-Quran. Ada ke etika mengutuk? menghina? mencaci? tidak taat kepada pemerintah? sanggup bersekongkol dengan orang kafir (yg menjadi majoriti) tanpa memikirkan hasil perbincangan itu salah dari aspek sahsiah syariah?

Kita ni kena guna otak. Allah dah bagi otak tu fikir la. Jangan membabi buta percaya apa yg orang cakap. Semua orang hilang dah pertimbangan.

Kalau sibuk sgt nak perintah balik perak. Kuatkan parti korang, tunggu Pilihanraya akan datang. Masa tu pastikan korang menang 100%. senang. pastu perintah la bagai nak rak.

Bukan tak bagi, dah bagi 10 bulan. Aku duduk kat Perak. Keje kat Perak. Berkeluarga di Perak. aku tau apa yg korang buat, ape yang korang tak buat.

korang sama je dgn yg perintah dulu. masing2 ada perut, ada kawan2 yang nak bagi kenyang. dah la. ini bukan persepsi. aku dah berdepan dengan kedua2 pemerintah dlm masa ni. sama je.

yang bodoh, teruskan bodoh. yang rasa ada akal, gunalah.

bersatulah demi agama dan bukannya demi warna.

yu said...

pensil_tajam,

1. your harsh words describe who you are.Sad to say,you have a very bad attitude.Most of commentary here are those who are stay in malaysia were hit by the economy crisis,who has to feed his family and who has around RM300 of balance in account every month.I comment because I want Malay knows their right and don't be emotional.

2.Pensil_tajam,Don't waste your scholarship money by doing such stupid thing and enjoy travelling around europe.Mana akhlak kamu ?

3.Anyway,itu hanya lah critikan kecil sahaja.I hope pensil_tajam will learn to be more polite and fair.

4.Soalan aku blum ada orang jawab.Kenapa bile tiba je hari raya,semua barang harga naik.Tapi bile hari raya cina,tak nampak pun harga barang naik? Reasonnya senang.Pull out some statistic.Show,berapa isi rumah org melayu,cina dan india. investigate who raise the price of goods?

5. Soalan satu lagi,rasuah.Umno memang kuat rasuah.Tapi, kalu kita sokong PR,adakah PR pun tak ada rasuah? Alhamdulilah,kita org melayu,kekadang tu teringat sikit dosa dan pahala sebab dah diajar macam tu.Tetapi,kaum lain macam mana?

Tuan punya blog.thanks for allowing such comments.

Anonymous said...

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia

KOME SEMUA NI TAK SEDAR DIRI. ITU LE ASYIK DENGAR MAKLUMAT DALAM KELOMPOK SENDIRI AJE. EGO TAK HABIS-HABIS. ITU YANG KOME SEMUA NI JADI BODOH SOMBONG

s_hezrin said...

to shanon,

dah mmg dierang ni takde otak. terus pecaya apa yg org dia ckp.

anyway, thanks for the info. keep it up.

budakkacamata said...

Risau kalau Sultan Perak terima nasib seperti Kerabat Tsar di Rusia dan Maharaja Cina yang ditumbangkan rakyat sendiri.

Unknown said...

assalamulaikum kepada yus.tgk2 la cara pas memerintah kelantan mcm mana bagus ker tak bagus.

Haji A. Ali, HS said...

Salam,

Saya kira pilihan yang terbaik ialah memberikan mandat kepada rakyat untuk menentukan pentadbiran yang mereka mahukan.

Dengan itu penyokong PR dan BN akan lebih bertenang dan redha.

So, institusi kesultanan melayu tidak akan dipersoal kekebalan mereka oleh kaum lain.

Yang penting jangan menghina Sultan dan Raja Melayu kita, walaupun mereka tidak pernah mengimamkan solat kita tetapi mereka masih simbol ISLAM yang perlu kita hormati...

Ini hanya pandangan peribadi sahaja...

Ada hikmah yang ingin ALLAH SWT tunjukkan kepada PR,BN dan SULTAN di Perak khususnya dan di Malaysia umumnya...

Yang penting muhasabah diri demi kebaikkan semua...

wansalman said...

Yu Said,

Saya pk anda ni orang Umno sejak dari perut ibunda.Walau apa pun Umno buat semua nya baik belaka walhal anda telah di kurniakan akal fikiran dari yang maha esa,jadi gunakanlah akal kita sebaik2 nya.Masa Umno memeintah pun bukan semua orang melayu yang senang.Lain lah klo org itu ajk Umno,Jkkk kampong misal nyer.Kalau mereka Jkkk kampong barulah halaman rumah org itu akan di tar hingga ke Jamban belakang rumah.Oramg2 yang bercita2 nak jadi Adun Umno tidak ada lain niat melainkan nak kaya,itu lah politik yang mereka faham sebab Umno ajar begitu.Kalau nak kata jaga kepentingan orang melayu takkan Ali Ketam raja dari Melaka akan luluskan projek ternakan Ba-Alif-Ba-Ya di Paya Mengkuang Melaka.Di- situ dia gagal menjaga perasaan orang melayu.

Apa guna ada pemimpin melayu kalau hati perut tidak melayu ? Lepas 50 tahun Umno memerintah masih tak ingat2 nak jaga hati orang melayu,jadi kalau lah Pkr,Dap & Pas bersatu melawan Umno ini adalah sebab Umno telah banyak merosakkan orang Melayu.Masa rakyat kasi peluang memerintah semua CELUNGAP,rasuah sini..rasuah sana...Kalau ahli Bn nak melompat parti di kata nyer tidak bermaruah,kalau nak lompat ke Bn halal & mulia pula.

Baru2 ni si Rafidah tu pula bersuara.Dah kalah tu duduk lah umah jaga cucu,masih lagi nak mengampu tu.Awak tu hanya lah seorang perempuan yang di jadikan dari sepalit tubuh lelaki.

Apa2 pun pasal Perak ni,hanya rakyat yang ada kuasa tentukan siapa yang patut memerintah,bukan Najib mahupun Sultan yang berkuasa.Perkara ini jiga tidak di betulkan rakyat yang bersusah payah balik kampong mengundi luncai-luncai Pkr yang masuk Bn tu ( selepas di umpan duit)pasti akan berdendam.Jadi siapa yang buat keadaan kacau bilau ? Siapa yang mulakan main kotor? Umno lah yang buat orang melayu pecah belah.Jadi baik lah saudara hijrah ke tempat yang lebih cerah.Biar poket kosong tapi maruah tinggi,kita di hormati.Selepas ini pasti orang2 Perak akan lihat Sultan tidak patut ada lagi,sejarah pun membuktikan banyk Sultan2 ini akan lenyap sebab hilang integriti,mudah di pengaruhi.Dalam kes ini juga Sultan tidak menghormati rakyat.Ingat tu saudara tanpa rakyat sultan tidak perlu,siapa lah sultan tanpa rakyat. Kedah tidak di minati Umno sebab negeri miskin,tapi Umno akan buat gitu bila nyawa mereka hampir2 nak putus.

wansalman said...

Tuan Majestrate Shahnon,

Memang sultan perak ni president tapi dia hanya lah seorang manusia macam orang kebanykan juga & dia buat silap. Wujud Pkr ni sebab di pilih dengan undian….di undi rakyat.Logik nya bila Pkr kurang korum kenalah rakyat pilih semula.Terserah pada sultan tu maksud nya Dato Nizar telah memberi penerangan kenapa perlu bubar Dun.Dah semesti nya yang pertama sebab luncai2 yang berpaling tadah tu tak penah pegang duit 50 juta yang di sogok ketua orang2 felda Najib Monggolia ni.gelap lah mata mereka.Mereka hilangkan diri beberapa hari.Mula2 kata tak lompat tapi bila Pkr dah sah kosongkan kerusi mereka kata lain pula.,pastu masuk Bn.

Itu lah deskripsi Dato Nizar memaklumkan kan sultan sebab punca nya 2 luncai ni bersembunyi jumpa Najib di Monggolia untuk mengarang kisah..Saya tanya awak,siapa yang lebih berkuasa? sultan atau rakyat ? Mestilah rakyat sebab sultan akan wujud bilamana ada rakyat.Siapa lah sultan tanpa rakyat .Kerajaan mana2 pun di pilih oleh rakyat jadi rakyat lebih berkuasa.Bukan Dato Nizar je yang pk ini satu permainan jahat lagi haram oleh komplot2 Bn ni.Penat2 orang2 dari jauh balik mengundi tiba2 nak di serah begitu saja pada balau2 Umno ni.Kasilah rakyat undi yang mana mereka pilih,pastu kacau bilau sekarang akan reda..

Umno ni kalau nyawa nya akan di ambil mereka akan buat apa saja walaupun sedia amik luncai2 yang di tuduh rasuah & sex.Umno juga yang sibuk korek sejarah luncai2 ni selepas Perak di pegang Pkr.Tiba2 bila tiada kaki lain yang nak masuk Umno, di ambil pula masuk bahkan akan di cuci dosa oleh Umno.Ini kah parti yang sibuk mengaku nak jaga hak melayu? Itu maruah apa ? Parti camni ke kita nak ikut? Awak kena ingat lord president tu datang dari barat jadi apa saja knowlwdge yang dia bawa balik banyak yang tak serasi dengan keperluan orang melayu pun, sebab itu hukum Mat saleh yang sultan belajar.Faham tuuuu…???

Sapa lah yang tak marah,kalau hang jebat dapat tahu tentu dia pun akan kembali menuntut keadilan.
Kalau sultan ada kuasa mutlak lain kali jangan adakan pilihanraya lagi,suruh sultan je pilih mana yang dia suka. Pas ni awak minta keja ngan sultan je lah.Awak ni taat tak bertempat….

Kepada ArifOmar,pasni awak lah yang mesti simpan buku perlembagaan sebab awak saja yang tahu pasal perlembagaan.

s_hezrin said...

Zul,

Saya teramat suka cara kepimpinan PAS di Kelantan. Tapi, di Perak saya tak berapa suka. Sebabnya:

1) Bukan PAS memerintah secara total

2) 2 anggota pakatan yang lain, berselindung di sebalik PAS. Yang mengutarakan cadangan, dierang. Yang kena hentam PAS.

s_hezrin said...

wansalman,

Saya mohon kerjasama tuan/puan. Seandainya apa yg dibuat oleh pakatan itu sah dari segi undang2, silalah kemukakan akta yang berkenaan.

Barulah kita boleh bandingkan dengan apa yg telah dilampirkan oleh arifomar.

Kita ada akal, so kalau ada fakta yang jelas, kemukakan la. biar semua orang buleh baca dan faham.

alQasam said...

@yu:

Agak lucu bicara anda. Adakah maksud anda demi kepentingan hak melayu, keadilan perlu digadaikan?!!

Usah terpedaya konsep nasionalisme. Bicaralah konsep Islam. Dibina atas keadilan. Tidak menzalimi sesiapa. Itu yang Allah perintah dan itu yang Allah suka.

UMNO tak kacau KEDAH??

Such a jokes man!

Tanyalah mereka behempas pulas membeli wakil rakyat Kedah. Ayah saudara saya salah seorang ketua pemuda pas memaklumkan. Sahih.

Semoga Allah memelihara kita dari tipudaya dunia dan politik.