Pemimpin UMNO dan UMNOlah yang mempelopori siri penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu selepas abad ke - 20. Dato' Onn adalah antara tokoh politik pertama yang mencetuskan siri penderhakaan ini. Pada tahun 1920, Dato' Onn secara terbuka telah mengkritik Sultan Johor dengan begitu keras kerana Sultan Johor telah melelong harta bapanya yang gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya. Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.
Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya. Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.Ketiga-tiga adek beradek ini menjadi keluarga terbuang akibat penderhakaan ini.
Mereka menetap di Singapura, Dato' Onn tetap meneruskan penderhakaan ini di Singapura melalui akhbar Warta Malaya yang beliau menjadi pengarangnya. Akhbar ini lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.Beliau kembali ke Johor pada tahun 1936 dan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947. Dalam tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar, beliau telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran cadangannya supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.
Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan ini kerana ia meletakkan seorang Melayu lebih tinggi kedudukannya daripada Raja-raja Melayu itu sendiri.UMNO secara terbuka menghina Raja-raja Melayu terutama Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada tahun-tahun tersebut. Dalam Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth pada 27 Ogos 1949, secara terbuka beliau menyelar dan menuduh Raja-raja Melayu menjaga kepentingan diri daripada orang Melayu, beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British bagi melemahkan UMNO dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.
Kemuncak penderhakaan ini ialah apabila Dato' Onn mengajak ahli UMNO menamatkan pemerintahan beraja. Akibatnya, Sultan Kedah berhasrat mengharamkan UMNO di negeri Kedah dan Sultan Johor sendiri memaksa Dato' Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Jun 1949.Kebiadaban UMNO kepada Raja-raja Melayu sangat terserlah antara tahun 1947-1949, pemimpin UMNO menggunakan platform UMNO untuk menghina Raja-raja Melayu, mereka mencabar kuasa Raja-raja Melayu secara terbuka dan kemuncak penderhakaan UMNO pada tahun 1949 ialah apabila Presiden UMNO (Dato' Onn) pada waktu itu mengajak ahli-ahli UMNO menamatkan sahaja sistem pemerintahan beraja di negara ini.
7 comments:
Sepatutnya Dato' Onn disanjung sebagai hero Melayu yang berani dalam soal menghadapi raja-raja ini.
Selain dia dan Dr Mahathir, berapa orang sahaja pemimpin Melayu yang ada tulang belakang bila berhadapan dengan raja-raja itu?
sekalipun Dato' Onn katanya pernah menderhaka, kita doakan je la semoga Allah mengumpunkan dosanya. Beliau dah takda. dah lama dah..
tapi, kenapa benda ni patut jadi isu??
1) Mungkin orang UMNO skarang tlalu mengatakan Nizar derhaka, padahal dierang yang start dulu.
2) Kalau Nizar mempunyai pertimbangan yang bijak dan tahu hukum agama, kenapa perlu mengikut jejak ni?? Kenapa mesti derhaka juga??
3) Saya dah mual dgr byk kali, yang Nizar masih mengaku sebagai menteri besar. Dah terang2 mengatakan kuasa lantikan Menteri adalah kuasa sultan. KUASA SULTAN. rakyat hanya memilih ADUN. Sultan akan memilih MB di kalangan ADUN yang dipilih rakyat. Dah lupa ke insiden, orang bukan Islam tak boleh jadi menteri besar?? dan insiden di mana Sultan Azlan mintak semua parti dalam Pakatan hantar wakil utk dipilih sebagai MB? Sultan mintak, 3 orang dicalonkan dan alhamdulillah telah memilih Nizar waktu itu. Kalau nak ikutkan, masa pilihanraya, tak timbul pun perkataan pakatan rakyat. Tapi, Sultan Azlan yang menyatukan pakatan rakyat itu sendiri secara tidak langsung. Hingga sekarang, pakatan rakyat masih menggunakan simbol masing2. Kena tidak guna satu simbol?? kenapa tak daftarkan PAKATAN RAKYAT itu sendiri??
Bukan semua rakyat menyokong Pakatan rakyat. Dan bukan semua rakyat sokong UMNO dan barisan Nasional.
Yang sudah tu sudah lah. Akur dengan keputusan Sultan. Tak payah nak maki hamun orang lain. Tuan-tuan yakin, perbuatan korang ni diredhai oleh Allah?? maki hamun ni siapa yang ajar??
Kepada Nizar, jangan sampai rakyat Perak benci terhadap saudara. Saya akui ada yang menyokong, tapi cuba kira, nisbahnya dengan keseluruhan rakyat Perak. Sebagai orang yang pernah menjadi MB saya, saya harap Nizar perlu berundur dan mantapkan kembali sokongan bg mendapatkan kemenangan yang tulus sewaktu PRU akan datang.
Adat berpolitik, ada jatuh bangunnya.
Semoga dosa kita diampuni Allah, dan ditunjukkan jalan yang diredhai olehNya.
Tuan Moderator, kenapa block comment artikel yg lain?? takut ada yang cantas lagi ke? jangan jadi pengecut. Berani kerana benar, dalam mencari kebenaran, jangan selindungkan fakta. Biar semua orang tahu.
Saudara s_hezrin boleh komen seberapa kali yang saudara suka, pihak kami tidak menghalang. Sekiranya ada perkataan-perkataan yang kesat maka komen sedemikian kami akan delete.
Selagi ruang dibuka silalah beri komen saudara. Bila sampai satu masa maka kami sebagai moderator akan menutup komen-komen yang diberikan. Kalau perlu kami akan memberi ulasan terhadap komen-komen yang diberikan. Kalau tidak perlu kami tutup begitu sahaja tanpa komen ulasan dari moderator.
Kami menghadkan masa tertentu untuk komen diberikan supaya mengawal komen-komen yang masuk. Topik-topik yang lama selalunya kami akan terlepas pandang, sehingga memungkinkan ada komen-komen yang berunsur menghasut sehingga boleh disabitkan kes oleh pihak berkuasa. Para blogger seperti RPK pernah menghadapi situasi seperti ini.
Dengan tindakan Dato Onn itu sewajarnya Malaysia sudah mungkin menjadi republik. Sememangnya raja2 melayu juga merupakan penyebab mengapa British mudah menakluk tanah Melayu kerana kaum bangsawan berlawan sesama sendiri hanya untuk berkuasa. Dengan cerita ini bolehlaah diandaikan bahawa kaum bangsawan melayu menonjolkan Tunku Abdul Rahman ( kaum kerabat juga) untuk memimpin UMNO dan memohon kemerdekaan negara. Oleh kerana untuk menangkis UMNO yg pro-raja sejak diketuai oleh Tunku, Dato Onn telah membuka parti baru iaitu Parti Negara. Malangnya kerana org2 Melayu ketika itu masih tersangat sygkan raja mereka, jasa2 dan perjuangan Dato Onn tidak disokong lagi.Cuba bayangkan jika bukan Tunku yang mengepalai UMNO, mungkinkah kita sudah menjadi sebuah Republik? Apapun, Dato Onn adalah tokoh terbilang dan penderhakaan beliau merupakan penderhakaan yg cemerlang, terbilang dan gemilang malah meletakkan rakyat sebagai 'raja' negara ini. Oleh itu, Datuk Hishamudin selaku anak dan juga DatukSeri Najib selaku anak saudara perlulah meneliti semula sejarah ini supaya UMNO menyokong usul untuk lebih mendemokrasikan negara ini dan menyerahkan kekuasaan kepada rakyat.
Kpd s_Hezrin,,,
anda nampaknya mebi terpengaruh dgn dakwaan akhbar/media ttg derhaka..apa maksud anda tntg derhaka?adakah ucapan 'sembah derhaka' tu?Klu ya,hujah anda sgt lemah...
Kuasa sultan juga melantik mufti, adakah jwtan mufti ditolak dgn ucapkan 'sembah derhaka' juga dikatakan derhaka...ini berlaku pd Dr Harun Din...
Lagipun, Yang Dipertuan Agung sendiri titahkan pertahan perlembagaan negara, antaranya ialah ikut2 undang2 lantikan MB PERAK, adakah Nizar pertahan jawatannya yg masih sah sbagai MB tu brcanggah dgn titah Agung?
Sultan mmg berkuasa melantik,tetapi tidak berkuasa memecat MB...cuba bndingkan dgn kes MB ayah tajol rosli..kesannya mebi nmpak mcm sultan silap, tp PR xsalahkan sultan,tp salahkan Perampas ala Israel tu...wlu sultan masih lg xmaksum,dan layak disalahkan pd pandagan Allah...
Mebi anda sudah muak dgn fakta2 ini, jadi saya cdangkan awak jgn komen atau jgn ikuti perkembangan PErak saja lah sbb anda terpaksa berhadapan dgn krisis perlembagaan yg mmerlukan plbagai tafsiran...
Sebagai alternatif...doakan DUN bubar, rakyat tentukan saja
AMIN
saya,
Betulkan kalau perkara ni salah.
1) Memang Sultan yang melantik Nizar sebagai MB. Lantikan dibuat apabila parti tertentu menjadi majoriti, atau telah sepakat menyokong sesebuah parti. Kuasa utk bubarkan dewan adalah kuasa Sultan. Sultan ada hak utk tidak membubarkan dewan dengan atas pertimbangan beberapa perkara.
Saya dah berkali minta, diberi penerangan dari segi Akta yang berkenaan yang mengatakan Nizar masih lagi sah menjadi MB Perak dalam blog ni. Tapi, tak ada yg bagi secara jelas. Yang bagi hanyalah dari orang UMNO. Yang kemudiannya ditentang hebat oleh orang Pakatan.
Bukan persoalan percaya akhbar mana2, saya menghabiskan RM 300 sebulan utk beli hampir kesemua akhbar (bukan shj akhbar BN tetapi semua skali). Bukan utk menjadi orang yang paling tahu, tapi utk tahu cerita sebenarnya.Saya pergi ceramah smua parti. BN saya pegi, Pakatan pun saya pegi.
Blog telaah politik ni pun saya jumpa masa saya baca harakahdaily.
Saya dah berpengalaman dalam bertemu dengan pemimpin era Tajol dan era Nizar. Hasil pemerhatian saya, dengan mata dan akal fikiran saya, saya tak nampak apa2 beza pun. Kedua2 ada betul dan salah. Persoalannya, setelah ditimbang, berlaku mudharat yang lebih sewaktu Pakatan memerintah Perak.
Ramai yg kata saya ni org UMNO. Ada yang cakap saya dari perut ibu dah UMNO. Tapi, semak la, saya tak daftar pun sebagai ahli parti mana2. Hanya Tuhan yang tahu saya pangkah siapa.
Dalam kita nak mencari kebenaran, setelah kita dah tak pcaya dengan media perdana, tak percaya dgn akhbar, so, semua orang pcaya dengan blog. tapi, apa yang kita lihat, dllm blog ni pun byk yang tlalu fitnah. Dan bila kita minta orang jelaskan, penjelasan tu masih lagi kabur kerana tiada suara yang neutral...
Terlalu byk penyebaran fakta dalam pentafsir hal politik. Tapi tak semua yang bagi fakta pakai penyelidikan dan otak. yang byknya bagi fakta guna lutut.
Yang A kata A betul, yang B kata B betul.
So, apa kesudahannya?? Saya bersetuju utk bubarkan Dewan, tetapi apa la salahnya kalau Dewan itu tidak dibubarkan?? Kerajaan BN yang memerintah Perak sekarang akan dipilih semula pada PRU akan datang. Dah tu, apa lagi masalahnya. Daripada kita berbalah, akur je la. Gunakan masa yang ada utk kuatkan kembali semua yang ada. Fokus saja lah pada PRU akan datang.
Jatuh bangun tu adat dalam politik. Memang pemimpin itu tidak kekal. Ada masa kita memerintah, ada masa tidak.
Orang politik bergaduh, yang menjadi mangsa siapa? rakyat jugak yang dapat kesan. Yang takde keje siapa? yang kena buang kerja siapa??
Bukannya Sultan lucutkan Nizar sebagai ADUN. Nizar masih lagi ada dalam DUN. Dalam mesyuarat, kalau lah ada percanggahan pendapat, gunalah dewan itu sebaik mungkin.
Kita hidup tak lama. Dunia ni sementara saja. Tak payahla nak kejarkan dunia sgt. Semua orang ada salah. Semua orang ada dosa. Kita bertaubatlah. Sama-sama kita cari keredhaan Allah. Ini semua ujian.
Entah kita ada lagi esok ataupun tidak, so, jgn la berbalah. yang ruginya kita. orang lain tepuk tgn. kita yang bercakaran.
Redha dengan ketentuanNYa. Doakan yang terbaik utk umat Islam.
saya pun hairan kenapa kerajaan BN tidak mahu diadakan pilihanraya semula di perak..tp saya ada pendapat sendiri..kerajaan tak mahu adakan pilihanraya sebab takut diorng kalah..andaian saya kalau pilihanraya diadakan semula,PR masih ada sokongan padu dari rakyat Perak..kalau kita tengok di media,bantahan di perak banyak dari pihak negeri luar,walhal rakyat perak tak lah menonjol sgt walaupun ada bantahan terhadap 'penderhakaan' nizar terhadap sultan perak..yang menjadi persoalannya,kenapa sultan perak tak perkenankan ADUN dibubarkan semula..adakah sultan pilih kasih?..atau ada pihak yang menghasut sultan..sesungguhnya Allah maha mengetahui dan kebenaran akan terbukti suatu hari nanti atas keredhaan dan keizinan-Nya..AMIN..
Post a Comment