Monday, 31 August 2009

Merdeka Kian Dilupakan

Hari ulangtahun ke 52 kemerdekaan Malaysia telah semakin dilupakan. Suasana Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun begitu hambar seperti tiada memberi erti lagi kepada rakyat Malaysia. Bagaimanapun kehambaran itu dikaitkan dengan kedatangan Ramadan yang dijadikan alasan oleh Kerajaan Malaysia sebagai faktor untuk tidak menyambut ulangtahun kemerdekaan secara besar-besaran dan meriah. Benarkah kehadiran bulan Ramadan itu menyebabkan Bulan Kemerdekaan itu disambut hambar?

Hakikatnya, tiada sebab untuk meletakkan kesalahan kepada bulan Ramadan. Sambutan Bulan Kemerdekaan boleh menjadi ibadat, sekiranya disambut dengan cara dan gaya yang menepati Islam. Sekiranya dengan menyambut Bulan Kemerdekaan boleh dikategorikan ibadat, maka setiap pahala yang dilakukan di bulan ini akan dilipat gandakan oleh Allah swt. Dengan menjadikan bulan Ramadan sebagai alasan, maka jelas sekali sambutan Bulan-bulan Kemerdekaan sebelum ini tidak boleh dikategorikan sebagai ibadat.

Sambutan Bulan-bulan Kemerdekaan sebelum ini seringkali diwarnai dengan program-program maksiat sehingga kegiatan itu jika dilakukan oleh kita pada bulan Ramadan dibimbangi akan mencemarkan kesucian bulan tersebut. Lebih daripada itu, sambutan Bulan-bulan Kemerdekaan sebelum ini turut diwarnai dengan pembohongan, iaitu dalam menampilkan fakta-fakta sejarah berkaitan kemerdekaan. Kesemua itu tidak sayugia dilakukan dalam Ramadan kerana bulan itu adalah suci.

Demikianlah cara golongan sekular berfikir dalam melihat bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan Islam yang lain. Larangan-larangan Allah swt itu hanya dijaga pada bulan Ramadan, di dalam masjid atau ketika berada di Tanah Suci. Di ketika dan tempat yang lain, larangan itu tidak dikuatkuasakan. Dalam sambutan ulangtahun kemerdekaan sebelum-sebelum ini, larangan-larangan Allah swt itu tidak dikuatkuasakan sehingga menyebabkan bila ulangtahun kemerdekaan disambut pada bulan Ramadan, kegiatan-kegiatannya dibimbangi mencemarkan bulan itu.

1 comment:

wansalman said...

Memang benar lah kata-kata penulis,sekular memang begitu.Mengaku ada tuhan & mereka sebagai hamba tapi tindak tanduk,perbuatan tidak ubah seperti kaum jahiliah yang belum di datangi Nabi.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

TAPI LEBIH BAIK MERDEKA TIDAK DI SAMBUT LAGI SEBAB NANTI BANYK DUIT MEREKA BELANJA SESUKA HATI OLEH UMNO PARIAH NI.