Datuk Seri,
Saya akan menulisnya secara ringkas dan manis. I am going to make this short and sweet. Tak ada lagi artikel cheong hei daripada saya. Mereka dapat mengunci bangunan menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, jika itu kehendak mereka. Bangunan itu tidak penting. Jika bangunan itu tidak dapat digunakan — umpamanya, musnah akibat banjir atau gempa — adakah bermakna sidang Dewan Undangan juga tidak boleh diadakan [di tempat lain]? Tentu saja boleh. Sidang boleh diadakan di mana saja, tidak semestinya di dalam dewan tersebut.
Malam ini, sekarang, pergilah cari tempat lain supaya sidang Dewan Undangan Negeri esok dapat dijalankan. Luluskan undi percaya terhadap kepimpinan anda sebagai Menteri Besar. Luluskan segala usul lain, termasuk usul untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Kemudian, segeralah memandu ke Bukit Chandan dan sembahkan kepada baginda Tuanku akan keputusan sidang Dewan Undangan Negeri itu.
Andainya Tuanku enggan memberi perkenan terhadap suatu yang secara terang sejajar dengan undang-undang, cabarlah baginda, jika perlu, cetuskan Krisis Perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 52 tahun negara ini. Rakyat telah bersedia. ‘Revolusi’ seterusnya ini tidak akan menjadi rusuhan kaum ala 13 May. Ia akan menjadi satu Perjuangan Kelas. Dan saya bersama Rakyat dalam perjuangan ini, jangan pedulikan latarbelakang kerabat Di-Raja saya itu. Saya bercakap sebagai raja tetapi bersuara untuk Rakyat.
Percayalah, terdapat ramai lagi anggota kerabat yang sependapat dengan saya. Jangan biarkan beberapa orang yang duduk di tampuk kuasa itu mengertak dan menakutkan anda sehingga anda fikir anda keseorangan, mewakili Rakyat, menghadapi Kesultanan. Tidak, kami semua bersama dengan anda, begitu juga anggota kerabat yang lain. Tangkaplah seladang itu melalui tanduknya dan jatuhkan ia dengan menarik tanduk itu sehingga ke bawah kakinya. Walaupun telah ditakdirkan seladang itu memakai mahkota. Rakyat telah bangkit. Jangan sesekali mengaku kalah.
Bersungguh-sungguhlah meneruskan perjuangan atau selamanya kelebihan itu akan hilang. Dan jika anda gagal bersungguh-sungguh meneruskan perjuangan ini, ingatlah bahawa Rakyat tidak akan memaafkan dan anda akan kehilangan kepercayaan kami buat selamanya.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Patek yang hina sembah Tuanku dan memohon perkenan agar Tuanku jangan kecewakan Rakyat. Hasrat Rakyat ialah untuk mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah ini juga menjadi hasrat Tuanku.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
[Terjemahan bebas arifabdull terhadap Open letter to Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tulisan RPK]
2 comments:
Rpk,
Saya bersimpati atas apa yang sedang Rpk jalani.Saya yakin memang rakyat mahukan dengan apa yang anda sarankan cuma kita tidak dapat melihat nya dengan segera dan terang sebab kamhuan rakyat tidak di beritahu dalam Tv3,Berita Harian,Utusan Malaysia dan kertas2 cetak Umno yang lain.Moga-moga coretan ringkas anda akan di baca Ir Dato Nizar dan seterus nya di jadikan pembakar semangat untuk terus mnyuarakan yang hak.
Dan bangun lah rakyat Malaysia untuk bertukar arah demi kemakmuran sebenar.Jika mahu berdaya saing mestilah berani bangun mencabar yang batil.
Umno ini telah banyk merosakkan akidah orang Islam & Melayu khas nya dengan dakyah2 saling tak tumpah seperti Zionis Israel.Mereka sangka Malaysia ini harta peninggalan nenek moyang mereka sedangkan politik mereka sangat busuk & jahat sejahat2 nya.
Mereka lah punca segala kacau bilau yang terjadi dalam negara ini dengan bantuan anjing-anjing yang menyerupai manusia seperti Sprm,Polis,Spr dan Tv3
Teruskan lah menulis selagi anda boleh sebab pena itu amat tajam jika di gunakan dengan betul.Doa saya agar tuan akan bebas bilamana Umno ini dapat di buang jauh2 di dalam perut laut.
Sekian
Setelah 51 tahun merdeka, ingin saya memberitahu tentang kepimpinan, iaitu negara akan aman apabila pemimpin adil. Negara akan maju apabila pemimpin bijak, dan negara akan di berkati Allah apabila pemimpin bertaqwa.
Kalau sifat2 ini ada dalam pemimpin kita, insyaallah. Kalau tiada.............masyaallah!!!
Post a Comment